JAKARTA, 14 November - Dianggarkan seratus pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak mendarat di wilayah Aceh, Indonesia hari ini, kata ketua komuniti nelayan tempatan.
Ini menjadikan kumpulan itu yang terbaharu melarikan diri dari Myanmar dengan menaiki bot kayu.
Sejak bertahun-tahun, pelarian Rohingya menaiki bot kayu untuk sampai ke negara jiran Thailand, Bangladesh, Malaysia dan Indonesia yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.
Mereka akan mendarat pada bulan November dan April ketika laut tenang.
Sebilangan besar daripada mereka terkorban di laut akibat penyakit, kelaparan dan keletihan.
Difahamkan beratus-ratus etnik Rohingya tiba awal pada tahun ini.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata 2022 merupakan tahun paling dahsyat apabila hampir sedekad masyarakat Rohingya, minoriti agama dan etnik yang dianiaya di Myanmar.
Ketua komuniti nelayan tempatan, Miftah Cut Ade berkata kepada Reuters bahawa 100 orang Rohingya tiba di Rantau Pidi, Aceh dengan menaiki sebuah bot.
Kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada kanak-kanak dan wanita yang kelihatan lemah dan memerlukan nutrisi.
Jurucakap UNHCR berkata pasukannya sedang dalam perjalanan ke kawasan itu, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Effendi, ketua polis tempatan, berkata pihak berkuasa masih mengira bilangan Rohingya yang tiba hari ini.
Bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kedatangan pelarian Rohingya.
Hampir 1 juta Rohingya tinggal dalam keadaan sesak di Bangladesh, antaranya mereka yang melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar pada 2017 yang menafikan perbuatan jenayah dan hak kerakyatan masyarakat Rohingya.- REUTERS