fb fb fb fb fb

Insiden Pantai Bondi: Undian semula RUU senjata api

FOTO REUTERS

SYDNEY, 22 Disember - Parlimen negeri New South Wales (NSW), Australia dipanggil semula pada Isnin untuk mengundi Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang mencadangkan sekatan ketat terhadap pemilikan senjata api, larangan mempamerkan simbol pengganas, serta mengehadkan perhimpunan dan protes, susulan insiden tembakan rambang di Pantai Bondi.

Premier NSW, Chris Minns, berkata beliau menjangkakan bantahan terhadap RUU itu, yang termasuk sekatan terhadap perhimpunan awam selepas kejadian keganasan, tetapi ia diperlukan untuk memastikan keselamatan masyarakat.

Menurut pihak berkuasa, walaupun Australia memiliki undang-undang kawalan senjata antara yang paling ketat di dunia selepas tembakan rambang 1996 yang meragut 35 nyawa, insiden Bondi menunjukkan kelemahan yang wujud.

Di NSW, negeri paling padat penduduk, tiada had pemilikan senjata api jika alasan pemilikan dapat dibuktikan kepada pihak polis, dan lebih 70 individu memiliki lebih 100 senjata api, menurut daftar senjata polis. -REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM