fb fb fb fb fb

Insiden Pantai Bondi: Suspek tinjau lokasi sebelum serang

FOTO REUTERS

AUSTRALIA, 22 Disember - Polis Australia mendedahkan butiran aktiviti dua suspek penyerang tembakan rambang di Pantai Bondi, Sydney minggu lalu yang mengorbankan belasan orang, menerusi lembaran fakta yang dikeluarkan mahkamah pada Isnin.

Menurut polis, serangan tersebut dipercayai telah dirancang selama beberapa bulan, dengan kedua-dua suspek melakukan tinjauan di kawasan taman tepi Pantai Bondi dua hari sebelum kejadian.

Dokumen berkenaan memaparkan rakaman CCTV yang menunjukkan bapa dan anak iaitu Sajid dan Naveed Akram, meninggalkan kediaman sewaan pada pagi kejadian sambil membawa beberapa barangan yang dibalut dengan selimut.

Polis percaya barangan itu termasuk dua senapang laras tunggal, sepucuk raifal Beretta, dan satu alat letupan buatan sendiri berskala besar.

Lembaran fakta itu turut menunjukkan imej alat letupan buatan sendiri serta bendera kumpulan Daesh yang dibuat sendiri, yang ditemukan dalam kenderaan mereka selepas penahanan.

Selain itu, kedua-dua suspek didakwa menjalani latihan penggunaan senjata api di kawasan luar bandar terpencil di New South Wales, negeri paling padat penduduk di Australia. -REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM