AUSTRALIA, 22 Disember - Ribuan orang berkabung berhimpun di Pantai Bondi, Sydney pada Ahad bagi memperingati seminggu tragedi tembakan rambang yang meragut nyawa belasan orang tidak bersalah.
Ahad turut diisytiharkan sebagai Hari Refleksi Nasional di Australia.
Orang ramai hadir memberikan penghormatan dalam kawalan keselamatan ketat, dengan anggota polis melakukan rondaan termasuk di perairan berhampiran.
Seorang penduduk tempatan berkata kehadirannya bertujuan menzahirkan solidariti bersama komuniti setempat serta menyampaikan sokongan kepada keluarga mangsa.
Insiden itu mengorbankan 16 orang, termasuk seorang penyerang, selepas menyasarkan sebuah acara sempena hari pertama perayaan Yahudi, Hanukkah, manakala sekurang-kurangnya 42 orang lagi cedera.
Menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan New South Wales pada Isnin, seramai 13 mangsa masih menerima rawatan, dengan empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal. – REUTERS
ARTIKEL BERKAITAN:
- Insiden Pantai Bondi: Undian semula RUU senjata api
- 1,000 penyelamat pantai beri penghormatan kepada mangsa Pantai Bondi
- Pantai Bondi dibuka semula selepas insiden tembakan maut
- Tragedi Bondi Beach: Penyerang dikaitkan dengan 'ideologi IS'
- PBB kecam serangan Pantai Bondi, Sydney
- Serangan Pantai Bondi : 16 terbunuh, 40 cedera