fb fb fb fb fb

Gunung berapi Lewotobi aktif, penduduk diminta berjaga-jaga

Penduduk kampung menyaksikan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki dari Kampung Talibura di Sikka, Nusa Tenggara Timur. / Foto AFP

NUSA TENGGARA TIMUR, 17 Jun - Gunung berapi Lewotobi Laki-laki di Flores, Nusa Tenggara Timur meletus pada Selasa, menghamburkan awan abu setinggi 11 kilometer ke langit.

Ketua Agensi Vulkanologi Indonesia, Muhammad Wafid berkata, gunung ini telah meletus lapan kali hujung minggu lalu, dengan abu mencapai ketinggian antara 3 hingga 5.5 kilometer pada Ahad.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan berlaku aliran lava jika hujan turun.

Letusan sebelum ini pada Mac menyebabkan gangguan penerbangan ke Bali, termasuk membabitkan syarikat penerbangan Jetstar dan Qantas dari Australia.

Pada November lalu, letusan turut meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa dan memaksa ribuan penduduk berpindah.

Indonesia terletak di kawasan “Lingkaran Api Pasifik” yang sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE