fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat gegar Afghanistan

Foto Hiasan / Fail

KABUL, 11 Januari - Satu gempa bumi kuat melanda timur laut Afghanistan hari ini, menggegarkan bangunan dari ibu negara Kabul ke Islamabad di negara jiran Pakistan.

Pusat gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter itu berada di daerah Jurm di wilayah Badakhshan Afghanistan di wilayah pergunungan Hindu Kush, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gempa Bumi itu berlaku sebelum pukul 2 petang (930 GMT/5.30 petang waktu Malaysia) dan dirasai di ibu negara Kabul, kira-kira 300 kilometer dari Jurm.

Afghanistan sering dilanda gempa bumi, terutamanya di kawasan pergunungan Hindu Kush, berhampiran persimpangan plat tektonik Eurasia dan India.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN