fb fb fb fb fb

Dulu cuba boikot TikTok, sekarang Trump ada akaun pula

TikTok @realDonaldTrump

WASHINGTON, 3 Jun- Tindakan Donald Trump menimbulkan tanda tanya apabila beliau kini memiliki akaun TikTok yang sebelum ini platform media sosial itu cuba diharamkan oleh pemerintahannya ketika beliau memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Menggunakan nama "realdonaldtrump", dengan simbol tanda pengesahan (verify), akaun itu memuat naik video pertamanya semalam.

"Melancarkan TikTok saya di @UFC 302," menurut catatan Trump secara ringkas.

Ia merakamkan beliau mendekati pengundi muda pada pertarungan Ultimate Fighting Championship (UFC) di Newark, New Jersey pada malam Sabtu lalu.

Trump ketika ini sedang berusaha meraih sokongan untuk terpilih kembali bagi jawatan presiden pada November depan.

Semasa berkuasa, Trump cuba mengharamkan TikTok atas alasan keselamatan negara dengan perintah eksekutif, tetapi usaha tersebut terhenti di mahkamah apabila hakim persekutuan mempersoalkan langkah itu akan menjejaskan kebebasan bersuara dan menyekat inisiatif berkenaan.

Setakat berita ini ditulis, Trump sudah mempunyai 3.1 juta pengikut pada akaunnya TikToknya. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN
TikTok, ByteDance fail tuntutan saman terhadap AS
Jual TikTok kepada AS? ByteDance kata "Jangan Harap!"
Rang Undang-Undang haramkan TikTok di AS diluluskan
China dakwa Washington tiada bukti TikTok ancam keselamatan negara AS
TikTok perjelas sebab aplikasi itu tidak patut diharamkan
TikTok ikrar lawan AS di mahkamah

SITI AISHAH MD ISA