fb fb fb fb fb

TikTok perjelas sebab aplikasi itu tidak patut diharamkan

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 24 Mac- Penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menghentam Ketua Pegawai Eksekutif TikTok mengenai potensi pengaruh China ke atas platform itu dan berkata video pendek dalam aplikasi itu merosakkan kesihatan mental kanak-kanak, mencerminkan kebimbangan kesan negatif terhadap rakyat Amerika.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chewdi tampil julung kalinya di hadapan jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai aplikasi yang disifatkan menggugat keselamatan data pengguna.

Kira-kira lima jam, Zi Chew menjelaskan bagi meyakinkan jawatankuasa berkenaan mengapa aplikasi perkongsian video yang sangat popular itu tidak seharusnya diharamkan di AS.

Tugasnya menjadi lebih sukar memandangkan jawatankuasa Kongres itu sudah mempunyai alasan tersendiri berkaitan TikTok sebelum proses pendengaran itu bermula.

namun katanya, tidak seorang pun penggubal undang-undang menawarkan sokongan untuk TikTok.

"Ada yang mendakwa TikTok memberi kesan tidak baik untuk kanak-kanak di AS.

"Ada yang TikTok mempromosikan kandungan yang menggalakkan gangguan makan dalam kalangan kanak-kanak, penjualan dadah haram dan eksploitasi seksual.

Zi Chew berkata, TikTok adalah satu aplikasi yang tidak ada beza dengan syarikat teknologi lain di AS.

"Dua tahun lalu, saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif TikTok. Hari ini kami mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia termasuk 150 juta di AS.

"Aplikasi kami adalah tempat untuk menjadi kreatif, di mana hampir empat juta perniagaan AS, terutama peniaga kecil, mencari pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan.

"Kini TikTok semakin meluas dan kami ambil pengajaran daripada syarikat-syarikat sebelum ini, terutama apabila ia membabitkan keselamatan remaja.

"Majoriti pengguna TikTok berusia lebih 18 tahun dan demografi yang pantas meningkat berusia 35 tahun, jadi kami mengambil banyak masa untuk melaksanakan pendekatan melindungi remaja.

"Kebanyakan pendekatan itu adalah yang pertama dilakukan oleh industri media sosial," kata Zi Chew.


(Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew, meninggalkan dewan selepas
 kira-kira lima jam disoal siasat Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan
Kongres Amerika Syarikat (AS), di Capitol Hill, Washington/AFP)

TikTok dan syarikat induknya ByteDance terbabit dalam 'perang geopolitik' antara Beijing dan Washington berkaitan perdagangan dan teknologi.

Katanya lagi, syarikat itu membelanjakan lebih daripada AS$1.5 bilion untuk menjamin keselamatan data di bawah nama "Project Texas" yang kini mempunyai hampir 1,500 pekerja sepenuh masa dan dikontrak dengan Oracle Corp (ORCL.N) untuk menyimpan data pengguna TikTok AS.

Kira-kira 20 senator AS dan 10 ahli Demokrat serta10 wakil Republikan - telah menyokong undang-undang dwipartisan yang memberi laluan kepada pentadbiran Presiden Joe Biden untuk mengharamkan TikTok, dan nasib aplikasi itu telah menambah elemen baharu kepada ketegangan antara Washington dan Beijing.

TikTok minggu lalu berkata pentadbiran Biden menuntut pemilik China melepaskan pegangan mereka atau menghadapi kemungkinan larangan.

Apabila ditanya mengenai potensi pelupusan, Chew berkata isu itu bukan mengenai pemilikandan berpendapat kebimbangan AS boleh ditangani dengan memindahkan data ke pusat storan AS.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan China berkata, memaksa penjualan TikTok akan merosakkan keyakinan pelabur dari seluruh dunia, termasuk China, untuk melabur di Amerika Syarikat dan China akan menentang sebarang penjualan. -REUTERS

Media Baharu