BEIJING, 26 April- Syarikat induk TikTok, ByteDance tidak akan menjual platform sosial itu kepada syarikat tempatan AS.
Ia selepas Kongres AS meluluskan undang-undang yang memaksanya menjual platform video yang sangat popular itu atau diharamkan di Amerika Syarikat.
"Laporan media asing tentang ByteDance meneroka penjualan TikTok adalah tidak benar," syarikat itu menyiarkan lewat Khamis di akaun rasminya di Toutiao.
"ByteDance tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjual TikTok,"kata ByteDance.
Ahli Kongres AS dan pegawai kerajaan berkata TikTok merupakan ancaman kepada keselamatan negara selagi ia dikawal oleh atau disambungkan kepada ByteDance.
Mereka mendakwa ia digunakan oleh China untuk mengumpul data dan mengintip orang Amerika selain berfungsi sebagai saluran kuat untuk propaganda negara tembok besar itu.
TikTok menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan, mengatakan ia tidak pernah dan tidak akan berkongsi data pengguna AS dengan Beijing.
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Shou Zi Chew berkata syarikat itu akan membawa perjuangan menentang undang-undang baharu itu ke mahkamah.-AFP