MALÉ, 3 Jun- Maldives akan menguatkuasakan larangan ke atas warga Israel dari mengunjungi kawasan pelancongan mewah negara itu, menurut pejabat presiden semalam.
"Presiden Mohamed Muizzu telah memutuskan untuk mengenakan larangan ke atas pasport Israel," kata jurucakap pejabatnya dalam satu kenyataan, tanpa memberikan butiran mengenai bila undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa.
Muizzu juga mengumumkan kempen pengumpulan dana nasional yang dipanggil "Maldives in Solidariti with Palestine" buat rakyat Gaza.
Maldives telah menarik balik larangan sebelum ini ke atas pelancong Israel pada awal 1990-an dan bergerak untuk memulihkan hubungan pada 2010. Namun, percubaan normalisasi berkenaan gagal berikutan penggulingan Presiden Mohamed Nasheed pada Februari 2012. -AFP