WASHINGTON, 24 April - Amerika Syarikat (AS) hari ini meluluskan Rang Undang-Undang yang menghendaki aplikasi media sosial TikTok dilupuskan daripada syarikat induk, ByteDance atau ditutup daripada pasaran Amerika.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada pakej bantuan asing bernilai AS$95 bilion, termasuk bantuan ketenteraan ke Ukraine, Israel dan Taiwan yang telah diluluskan Kongres dan akan dibawa ke meja Presiden, Joe Biden.
AS serta pegawai Barat yang lain telah menyuarakan kebimbangan mengenai populariti TikTok kepada golongan muda dengan mendakwa ia membenarkan Beijing mengumpul data dan mengintip pengguna dimana TikTok kini mempunyai 170 juta pengguna di Amerika Syarikat sahaja.
Pengkritik-pengkritik ini juga mengatakan TikTok tunduk kepada Beijing untuk menyebarkan propaganda dan ini telah menyebabkan China dan syarikat itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Rang undang-undang itu, yang jarang dikenakan kepada sesebuah syarikat daripada beroperasi di pasaran AS, telah mendapat 79-18 undian dengan sokongan kuat dua parti.
Biden telah menyatakan beliau akan menandatangani undang-undang tersebut.
Beliau mengulangi kebimbangannya tentang TikTok dalam perbualan telefon bersama Presiden China, Xi Jinping awal bulan ini.
Di bawah Rang Undang-Undang itu, ByteDance perlu menjual aplikasi tersebut dalam tempoh setahun atau dikecualikan daripada kedai aplikasi Apple dan Google di Amerika Syarikat.
Steven Mnuchin, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS di bawah Donald Trump, telah menyatakan bahawa beliau berminat untuk membeli TikTok dan telah mengumpulkan sekumpulan pelabur.
TikTok selama bertahun-tahun telah menjadi tumpuan pihak berkuasa Amerika yang mengatakan bahawa platform itu membolehkan Beijing mengintip pengguna di Amerika Syarikat namun larangan untuk melayarinya boleh mencetuskan saman.
Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Kongres memberikan presiden AS kuasa untuk menetapkan permohonan lain sebagai ancaman kepada keselamatan negara jika mereka dikawal oleh negara yang dianggap bermusuhan.-AFP