Trump mahu tingkat kerjasama minyak dengan Iraq

Donald Trump/ REUTERS

WASHINGTON, 15 Julai – Washington akan memperluas kerjasama ekonomi dengan Iraq, termasuk meneroka lebih banyak perjanjian berkaitan sektor minyak negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump berkata kerjasama akan membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pengeluaran minyak untuk kedua-dua negara.
  • Sebahagian besar aktiviti pengeluaran minyak Iraq kini dijalankan oleh syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat.
  • Ali al-Zaidi menegaskan Iraq memerlukan bahagian yang adil dalam sektor tenaga sebagai negara pengasas OPEC.
  • Perang menentang Daesh menyebabkan kerugian besar, kerosakan infrastruktur dan ramai penduduk masih tinggal di kem; pemulihan memerlukan sokongan berterusan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Iraq mempunyai potensi besar menerusi sumber minyak dan kerjasama itu dijangka membuka peluang pekerjaan kepada kedua-dua negara.

“Kita akan memeterai banyak perjanjian. Kita akan mewujudkan banyak pekerjaan untuk kedua-dua negara dan kita akan mengeluarkan banyak minyak,” katanya kepada pemberita sebelum pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq, Ali al-Zaidi.

Menurut Trump, sebahagian besar aktiviti pengeluaran minyak Iraq kini dilaksanakan syarikat-syarikat dari AS. Syarikat dari Amerika menjadi pilihan Iraq untuk menjalankan urusan perniagaan dalam sektor berkenaan.

Sementara itu, Ali al-Zaidi berkata Iraq yang merupakan antara negara pengasas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), memerlukan bahagian yang adil dalam sektor tenaga.

Beliau berkata, Iraq berdepan kerugian besar selepas memerangi kumpulan Daesh dengan sokongan AS, yang turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur negara itu.

“Kerugian yang dialami Iraq melebihi AS$400 bilion. Sehingga hari ini, beberapa bandar di Iraq masih musnah sepenuhnya dan penduduknya masih tinggal di kem,” katanya.

Usaha pemulihan Iraq memerlukan sokongan berterusan termasuk melalui kerjasama ekonomi dengan rakan antarabangsa.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.