fb fb fb fb fb

Cuaca panas melampau, Kerala tutup institusi pendidikan sehingga Isnin

Cuaca panas yang melanda India ketika ini memaksa pihak berkuasa di Kerala menutup institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini sebagai usaha mengelakkan strok haba dalam kalangan pelajar / Foto Reuters

NEW DELHI, 3 Mei - Cuaca panas yang melanda India ketika ini memaksa pihak berkuasa di Kerala menutup institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini sebagai usaha mengelakkan strok haba dalam kalangan pelajar.

Gelombang haba jarang berlaku di Kerala dan data dari Jabatan Meteorologi India (IMD) menunjukkan negeri itu merekodkan lima hari gelombang haba pada April.

Merujuk kepada corak cuaca El Nino semasa, IMD berkata El Nino kebiasaanya lebih panas dengan cuaca panas dan kering di Asia dan hujan lebih lebat di beberapa bahagian di Amerika.

Begitu juga ribut petir dan peredaran anti-siklonik berhampiran pantai tenggara India telah menyebabkan gelombang haba, kata IMD.

Kerajaan negeri Kerala pada Khamis telah mengarahkan orang ramai untuk meminimumkan pendedahan kepada matahari dan menggesa pihak berkuasa untuk memantau situasi bagi mengelakkan kebakaran.

Jabatan Meteorologi India meramalkan gelombang haba akan berterusan di Daerah Alappuzha, Palakkad, Thrissur dan Kozhikode sehingga Jumaat dimana amaran kuning telah dikeluarkan di keempat-empat daerah tersebut.

Suhu maksimum di Daerah Palakkad berkemungkinan meningkat sehingga 40 darjah Celcius dan di Daerah Kollam, Thrissur serta Kozhikode mencecah 39 darjah Celcius.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN