fb fb fb fb fb

China beri amaran keras kepada AS jika teruskan lawatan ke Taiwan

BEIJING, 7 April- China memberi amaran untuk bertindak tegas jika Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi meneruskan hasratnya melawat dan bertemu pemimpin Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian berkata, ia bakal mendatangkan implikasi kepada hubungan China- AS.

Zhao menambah, tindakan yang bakal diambil bagi mempertahankan keselamatan negara dan integriti negara tembok besar itu.

"Jika AS berkeras untuk mengambil tindakan sendiri, China akan mengambil langkah tegas sebagai tindak balas bagi mempertahankan keselamatan dan integriti negara ini,

"AS akan bertanggungjawab sepenuhnya atas semua akibatnya." tegasnya dalam satu sidang media di Beijing, hari ini.

(Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian/ AFP)


Jelasnya, Taiwan masih dianggap sebahagian daripada Tanah Besar China oleh Beijing.

Isu berkaitannya terus menjadi berdebatan terutama apabila Washington kerap dilihat berada di belakang Taipei dari segi ketenteraaan dan politik.

Meski lawatan ke Taiwan oleh wakil AS itu masih belum dipastikan, media Jepun semakin rancak melaporkan hasrat Pelosi itu selepas dijadualkan melawat Jepun minggu ini. -AFP

Media Baharu