fb fb fb fb fb

Australia luah 'kemarahan' rakyatnya jadi mangsa korban serangan udara Israel

Tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) terbunuh di Gaza, salah seorangnya rakyat warga Ausralia Zomi Frankcom (kiri)/FOTO Facebook WCJ

SYDNEY, 3 April - Australia meluahkan rasa 'kemarahan' dan mengutuk serangan Israel atas kematian seorang pekerja bantuan rakyatnya di Gaza akibat serangan udara terbaharu Israel pada Selasa.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyifatkan serangan udara rejim Zionist Israel adalah keterlaluan dan memberi bayangan bahawa Israel akan terus kehilangan sokongan selepas insiden itu.

"Saya bercakap dengan rakan sejawatan saya, Menteri Luar Israel, pada lewat malam semalam.. bahawa kematian melibatkan pekerja bantuan dan kematian Zomi Frankcom adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima.

"Saya menyampaikan kepada Benjamin Netanyahu dengan jelas bahawa rakyat Australia marah dengan kematian ini," kata Menteri Luar Penny Wong pada sidang media semalam.

Keluarga Frankcom akui masih terkejut dengan peristiwa tersebut dan meminta diberikan ruang buat sementara waktu.

"Kami amat meratapi berita bahawa Zomi seorang yang berani dan amat dikasihi telah terbunuh kerana melakukan kerja-kerja yang dia gemar untuk menghantar makanan kepada penduduk Gaza," kata keluarga itu dalam satu kenyataan.

"Dia meninggalkan legasi belas kasihan, keberanian dan kasih sayang kepada semua orang di sekelilingnya."

Sahabat dan kenalannya turut menggelar beliau sebagai seorang wira kemanusiaan.

Semalam, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akui bahawa serangan udara Israel secara tidak sengaja membunuh tujuh orang yang bertugas untuk badan amal World Central Kitchen di Gaza.

Susulan insiden itu, Amerika Syarikat serta negara-negara sekutu lain meminta penjelasan daripada Netanyahu.

Menteri Luar Australia menuntut penjelasan daripada Netanyahu bagaimana kenderaan bantuan yang memiliki tanda pelekat bantuan amal yang jelas menjadi sasaran dan diserang oleh Israel.

WCK iaitu kumpulan bantuan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengesahkan anggota kakitangannya terbunuh dalam serangan tersebut.

Serangan udara itu meragut nyawa beberapa warga Australia, Britain dan Poland serta penduduk Palestin dan seorang lagi yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat dan Kanada.

WCK berkata, serangan itu berlaku ketika kakitangannya menghantar makanan ke Gaza, yang mana ratusan ribu rakyat Palestin diambang kebuluran akibat serangan Israel.

Susulan serangan itu, WCK memaklumkan pihaknya segera menggantung operasi di rantau berkenaan. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN