Suspek insiden tembakan dilengkapi pelbagai senjata – Trump

Foto AFP

WASHINGTON, 26 April – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendedahkan, suspek di sebalik insiden tembakan semasa majlis Makan Malam Persatuan Wartawan White House di sebuah hotel di sini pada Sabtu, dilengkapi dengan pelbagai senjata.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang pegawai keselamatan terkena tembakan, namun terselamat kerana memakai jaket kalis peluru.
  • Suspek berjaya menceroboh dan melepasi sekatan keselamatan sebelum kejadian.
  • Pihak berkuasa mendapati bangunan tidak memiliki tahap keselamatan yang baik.
  • Lelaki bersenjata cuba menceroboh acara dihadiri lebih 2,000 tetamu, namun ditahan; siasatan untuk kenal pasti motif masih dijalankan.

Dalam sidang media khas pasca kejadian itu, beliau berkata seorang pegawai keselamatan terkena tembakan, namun terselamat kerana memakai jaket kalis peluru.

Menurut Trump, suspek telah menceroboh dan melepasi sekatan keselamatan sebelum kejadian berlaku.

“Berdasarkan penilaian awal terhadap pelbagai aspek berhubung kejadian ini, pihak berkuasa mendapati bangunan tersebut tidak memiliki tahap keselamatan yang baik,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki bersenjata dilaporkan cuba menceroboh kawasan acara yang dihadiri lebih 2,000 tetamu, sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian. – AFP