Korban serangan bom di Colombia meningkat kepada 14 orang

Foto AFP

POPAYAN, COLOMBIA, 26 April – Angka korban serangan bom di sebuah lebuh raya di sini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 14 orang, manakala jumlah yang cedera bertambah kepada 38 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa siasatan awal tidak menolak kemungkinan kumpulan serpihan kartel Mordisco sebagai dalang serangan.
  • Menteri menegaskan kepentingan mengenal pasti dan mendedahkan pihak bertanggungjawab.
  • Seruan agar komuniti antarabangsa dan negara bersatu menolak semua serangan pengganas tanpa kompromi.
  • Keganasan meningkat menimbulkan kebimbangan keselamatan menjelang pilihan raya presiden 31 Mei, menjadikan isu keselamatan tumpuan utama.

Menteri Pertahanan Colombia, Pedro Sanchez berkata, berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kumpulan serpihan kartel Mordisco menjadi dalang serangan.

Beliau menegaskan kepentingan mengenal pasti dan mendedahkan pihak bertanggungjawab.

“Perkara ini perlu dipastikan tidak akan berlaku lagi. Kami menyeru seluruh komuniti antarabangsa dan negara ini bersatu dalam menolak dengan tegas dan tanpa kompromi semua serangan pengganas, khususnya serangan seperti ini,” katanya.

Menurut beliau, serangan pada Sabtu itu bukan sahaja menyasarkan pasukan keselamatan, malah memberi kesan kepada seluruh rakyat Colombia.

Serangan tersebut menambah kebimbangan terhadap keselamatan di wilayah berkenaan yang sebelum ini sering dilanda keganasan berkaitan kumpulan bersenjata dan aktiviti pengedaran dadah.

Gelombang keganasan ini turut meningkatkan ketegangan menjelang pilihan raya presiden pada 31 Mei, dengan isu keselamatan menjadi antara tumpuan utama. – AFP