fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 39,480

Foto REUTERS

GAZA, 1 Ogos- Tentera Israel membunuh 35 lagi rakyat Palestin dalam serangan di Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 39,480 sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan berkenaan turut menyebabkan kira-kira 91,128 yang lain mengalami kecederaan.

"Pasukan Israel membunuh 35 orang dan mencederakan 55 yang lain dalam dua serangan berasingan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat menemui mereka,” menurut kenyataan itu.

Israel yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan terhadap Gaza sejak konflik Israel-Hamas.

Hampir 10 bulan konflik berkenaan, serangan juga menyebabkan Gaza mengalami kemusnahan dengan Israel mengenakan sekatan terhadap makanan, air bersih dan ubat-ubatan. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM