fb fb fb fb fb

14 rakyat Palestin maut dalam serangan terbaharu Israel

Foto WAFA

GAZA, 26 Januari- Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera malam tadi dalam siri serangan udara Israel yang menyasarkan bahagian tengah Gaza.

Memetik agensi berita Palestin, WAFA, sumber perubatan melaporkan bahawa tiga orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh ketika serangan udara Israel menyasarkan sebuah kediaman di bandar Zawaida di wilayah Gaza Tengah.

Selain itu, 11 orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di barat kem pelarian Nuseirat di wilayah tengah Gaza.

Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza juga menghadapi serangan rejim zionis.

Israel terus melakukan pengeboman terhadap Gaza, dengan Khan Yunis mengalami beberapa siri serangan udara dan tembakan artileri.

Serangan sejak 7 Oktober lalu itu telah meragut kira-kira 25,700 nyawa dengan 63,740 yang lain cedera, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:
Angka korban di Gaza hampiri 26,000 orang
Akses rawatan perubatan, langkah konkrit perlu diambil di Gaza
Lebih 625,000 pelajar hilang pendidikan di Gaza
Itali beri bantuan rawatan kepada 100 kanak-kanak Palestin yang cedera

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM