fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza hampiri 26,000 orang

Foto AFP

GAZA, 25 Januari- Puluhan orang awam terbunuh manakala yang lain mengalami kecederaan hari ini dalam pencerobohan Israel terhadap Gaza yang memasuki hari ke-111.

Memetik agensi berita Palestin WAFA, sumber perubatan melaporkan bahawa kesemua mangsa diserang di persimpangan Kuwait di Jalan Salah al-Din di kejiranan Al-Zaytoun, tenggara Kota Gaza.

Israel melepaskan serangan ke arah mereka yang sedang menunggu trak bantuan kemanusiaan yang datang dari Rafah.

Dua rakyat Palestin turut terbunuh dan yang lain mengalami pelbagai kecederaan selepas Israel mengebom perhimpunan di kem Bureij di tengah Gaza.

Awal hari ini, tiga orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam pengeboman Israel di kawasan Al-Satar Al-Gharbi, utara Khan Yunis.

Jumlah kematian dalam pencerobohan Israel terhadap Gaza meningkat kepada 25,700 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober lepas.

Seramai 63,740 orang lagi mengalami pelbagai kecederaan manakala lebih 8,000 yang lain masih hilang di bawah runtuhan dan jalan raya.

Artikel Berkaitan:
Akses rawatan perubatan, langkah konkrit perlu diambil di Gaza
Lebih 625,000 pelajar hilang pendidikan di Gaza
Kereta kebal Israel bunuh 9 orang di pusat perlindungan di Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM