fb fb fb fb fb

Kes tembak di Mexico, empat pegawai polis terbunuh

Foto Fail

MEXICO CITY, 25 Januari- Empat pegawai polis terbunuh dalam insiden tembakan di negeri Guanajuato di tengah Mexico petang semalam.

Menurut Pejabat Setiausaha Keselamatan Perbandaran, serangan berkenaan berlaku ketika kenderaan mereka melalui bandar Celaya.

"Empat anggota kami maut selepas diserang lelaki bersenjata ketika melalui lebuh raya dari bandar Celaya ke Salvatierra.

"Operasi mengesan suspek masih giat dijalankan," menurut kenyataan tersebut.

Menurut media tempatan, dua orang awam turut terbunuh dalam kejadian itu, tetapi jumlah berkenaan tidak disahkan pihak berkuasa.

Guanajuato ialah salah satu negeri paling ganas di Mexico, sebahagian besarnya disebabkan aktiviti jenayah termasuk dadah.

Lebih 3,000 pembunuhan direkodkan di Guanajuato pada tahun lalu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM