JENIN, 26 Januari- Empat rakyat Palestin, termasuk seorang petugas kesihatan cedera, selepas diserang rejim zionis di Kampung Fahma yang terletak di barat daya Jenin di Tebing Barat.
Memetik agensi berita Palestin, WAFA, sumber pasukan keselamatan dan tempatan berkata petugas kesihatan dikenali Imad Izz al-Din dipukul dengan kejam.
Tiga pemuda tempatan turut dikasari rejim zionis sehingga menyebabkan kecederaan.
Mereka yang mengalami kecederaan itu dibawa ke pusat kesihatan di Kampung Fahma untuk rawatan.
Bukan sahaja menyerang, rejim zionis turut menggeledah beberapa buah rumah dan menukar bumbung menjadi tempat pemerhatian tentera Israel.
Selain itu, Israel juga memecahkan cermin beberapa kenderaan dan menjadikan pintu masuk utama kampung tersebut sebagai pusat pemeriksaan tentera.
Artikel Berkaitan:
Tragedi Gaza bukan peperangan tetapi pembunuhan besar-besaran
Lebih 625,000 pelajar hilang pendidikan di Gaza
Kereta kebal Israel bunuh 9 orang di pusat perlindungan di Gaza