fb fb fb fb fb

Korban Palestin meningkat lebih 26,000 nyawa

Foto AFP

GAZA, 26 Januari- Jenayah perang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza telah meragut 26,083 nyawa.

Kementerian kesihatan Gaza berkata angka korban itu meningkat sejak 7 Oktober lalu, termasuk 183 orang yang terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Berdasarkan data yang dikongsi, jumlah mangsa yang cedera dalam jenayah tersebut turut meningkat kepada 64,487 orang.

"Ramai penduduk yang masih berada di bawah runtuhan dan pasukan penyelamat masih tidak dapat mengesan mereka," menurut kenyataan itu. - AFP

Artikel Berkaitan:
Empat rakyat Palestin termasuk petugas kesihatan diserang Israel
14 rakyat Palestin maut dalam serangan terbaharu Israel
Angka korban di Gaza hampiri 26,000 orang
Akses rawatan perubatan, langkah konkrit perlu diambil di Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM