fb fb fb fb fb

11 nelayan hilang, bot pukat tunda karam di lautan

FOTO HIASAN

CAPE TOWN, 19 Mei- Seramai 11 nelayan hilang selepas bot pukat tunda mereka karam di Lautan Atlantik 30 batu nautika dari Tanjung Harapan, kata perkhidmatan penyelamat Afrika Selatan pada Sabtu.

Kapal nelayan itu dilaporkan mengalami kerosakan pada Jumaat.

Sehingga kini, pegawai tempatan berkata mereka tidak berputus asa untuk mencari mangsa, walaupun pencarian di udara dan laut masih buntu.

"Doa saya bersama keluarga mereka yang masih hilang di laut," kata Datuk Bandar, Geordin Hill-Lewis dari bandar Cape Town.

Pertubuhan bot penyelamat Afrika Selatan, Institut Penyelamat Laut Negara, berkata kapal pukat tunda yang hilang berkenaan membawa 20 anak kapal.

Sembilan mangsa yang terselamat ditemui oleh kapal nelayan lain di atas rakit penyelamat selepas sebuah bot mengeluarkan panggilan kecemasan pada petang Jumaat.

Bot penyelamat dari Hout Bay dan Table Bay di Cape, bersama-sama dengan helikopter dan pesawat dari Aerios Global turut digunakan untuk pencarian.

Tetapi pencarian di udara dan laut masih belum menemui sebelas anak kapal yang hilang.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE