YDP Agong berkenan berangkat ke Kejohanan Johor Super Crown Polo

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Kejohanan Johor Super Crown Polo (JSCPT) di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU, 1 September– Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Kejohanan Johor Super Crown Polo (JSCPT) di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan elit 22 gol berlangsung sehingga 6 September, dianggap kejohanan handicap polo terbesar dan paling berprestij negara.
  • Pertandingan melibatkan lima pasukan dan pemain dari tujuh negara, termasuk Pablo Pieres dan Ignatius Du Plesis dari Argentina.
  • Perlawanan pembukaan petang ini menyaksikan Pasukan Diraja Johor menentang Temasek.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada pukul 12.00 tengah hari itu diiringi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ashwad Ismail.

Kejohanan elit 22 gol itu, akan berlangsung sehingga 6 September ini, menjadi kejohanan polo handicap terbesar dan paling berprestij dalam negara.

JSCPT melibatkan lima pasukan yang terdiri daripada pemain dari tujuh negara, antaranya Pablo Pieres dan Ignatius Du Plesis dari Argentina.

Perlawanan pertama akan berlangsung petang ini, menyaksikan Pasukan Diraja Johor, menentang Temasek.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.