TNB MHL 2026: TNB Thunderstars, Maybank tutup tirai pusingan pertama dengan keputusan seri

Perlawanan terakhir kategori Premier TNB MHL 2026 antara TNB Thunderstars dan Maybank berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil – RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Saingan kategori Premier, Liga Hoki Malaysia TNB MHL 2026 hampir menutup pusingan pertama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlawanan antara TNB Thunderstars dan Maybank berakhir seri 2-2.
  • Syed Mohd Syafiq membuka jaringan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-15.
  • Meor Muhamad Azuan Hasan menjaringkan dua gol, pada minit ke-18 dan minit akhir.
  • Ketua jurulatih Mohd Madzli kata pasukan akan nilai prestasi dan mungkin buat pertukaran pemain.

Lima pasukan telah menamatkan pusingan mereka pada Sabtu, manakala empat pasukan masih mempunyai baki satu perlawanan yang akan berlangsung hari ini.

Antara aksi berlangsung pada Sabtu membabitkan pertembungan dramatik TNB Thunderstars dan Maybank yang berkesudahan dengan masing-masing berkongsi mata selepas terikat 2-2.

TNB Thunderstars (jersi biru) terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-15. – RTM

TNB Thunderstars terlebih dahulu membuka jaringan pada suku pertama menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Syed Mohd Syafiq Syed Mohd Cholan pada minit ke-15.

Maybank kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada suku kedua hasil jaringan padang Meor Muhamad Azuan Hasan pada minit ke-18.

Maybank menyamakan kedudukan pada minit ke-18. – RTM

Memasuki suku terakhir permainan, TNB Thunderbolts menggandakan tekanan menerusi jaringan padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-55 untuk kedudukan 2-1.

TNB Thunderstars kembali didepan pada minit ke-55. – RTM

Bagaimanapun, Maybank tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan di minit akhir permainan melalui jaringan Meor Muhamad Azuan Hasan.

Maybank berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit akhir perlawanan. – RTM

Ketua jurulatih TNB ThunderStars, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor menyifatkan pusingan pertama liga pasukannya telah berjaya melakukan yang terbaik dan meraih mata sebanyak mungkin dengan hanya hilang dua mata.

Ketua jurulatih TNB Thunderstars, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor. – RTM

“Untuk pusingan seterusnya, kami akan menilai prestasi pemain untuk membentuk pasukan terbaik.

“Ini bermakna mungkin akan ada pertukaran pemain. Kita akan cari pemain yang terbaik untuk menghadapi pusingan seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.