Tjen akhiri kemarau 28 tahun Indonesia di Terbuka Australia

Pemain tenis Indonesia, Janice Tjen melakukan pukulan balas ke arah Leylah Fernandez dalam aksi perseorangan wanita Terbuka Australia di Melbourne, 20 Januari 2026/Foto AFP

MELBOURNE, 20 Januari – Janice Tjen mencipta sejarah apabila menjadi pemain Indonesia pertama memenangi perlawanan di Terbuka Australia selepas 28 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Janice Tjen mencipta sejarah sebagai pemain Indonesia pertama menang di Terbuka Australia selepas 28 tahun.
  • Beliau mengalahkan Leylah Fernandez 6-2, 7-6 untuk mara ke pusingan kedua.
  • Kemenangan mengukuhkan kebangkitan Tjen selepas menjuarai kejohanan WTA di Chennai tahun lalu.

Pemain berstatus bukan pilihan itu menewaskan pilihan ke-22 dari Kanada, Leylah Fernandez, 6-2, 7-6 untuk mara ke pusingan kedua.

Tjen kini menduduki ranking dunia ke-59 selepas berada di kedudukan ke-413 tahun lalu.

Beliau menjadi pemain wanita Indonesia pertama menang di Grand Slam sejak Yayuk Basuki pada 1998.

Terdahulu, pemain berusia 23 tahun itu memenangi set pertama dalam masa 36 minit.

Tjen turut mendahului set kedua sebelum mengesahkan kemenangan menerusi tie-break.

Kemenangan itu mengukuhkan kebangkitan cemerlang Tjen selepas menjuarai kejohanan WTA di Chennai tahun lalu. – REUTERS