Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Denmark 2025

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Denmark 2025 selepas menewaskan pasangan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, 21-17, 21-11 di Arena Jyske Bank.

Kemenangan dalam tempoh 38 minit itu berjaya memperbaiki rekod pertemuan mereka kepada 5-3, termasuk empat kemenangan berturut-turut ke atas pasangan berpengalaman tersebut.

Pasangan bimbingan Nova Widianto itu bakal berdepan ujian sukar di separuh akhir menentang pemenang antara gandingan nombor satu dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China, atau pasangan tuan rumah, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, bagi merebut tempat ke final.