
TOKYO, 18 Ogos- Penjaga gol Jepun, Zion Suzuki bakal mencipta sejarah sebagai pemain Jepun pertama di posisi berkenaan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris selepas dijangka menyertai Aston Villa dari kelab Itali, Parma.
- Perpindahan dilapor bernilai sehingga 35 juta euro menjadikannya penjaga gol Jepun termahal dalam sejarah.
- Dijangka menandatangani kontrak lima tahun; Emiliano Martinez dikaitkan dengan kemungkinan pemergian.
- Pernah beraksi bersama Urawa Reds, Sint-Truiden dan Parma; menjadi penjaga gol Jepun pertama beraksi dalam Serie A.
- Menghadapi kecaman berbaur perkauman selepas tewas kepada Iraq; berkata mahu balas dengan menghasilkan keputusan yang baik.
Pemain berusia 23 tahun itu dilaporkan akan berpindah dengan nilai sehingga 35 juta euro (kira-kira RM164 juta), sekali gus menjadikannya penjaga gol Jepun termahal dalam sejarah.
Menurut The Athletic, Suzuki dijangka menandatangani kontrak lima tahun bersama Aston Villa, yang turut dikaitkan dengan kemungkinan pemergian penjaga gol utama Emiliano Martinez.
Suzuki sebelum ini beraksi bersama Urawa Reds, Sint-Truiden di Belgium dan Parma, selain menjadi penjaga gol Jepun pertama beraksi dalam Serie A.
Beliau pernah menerima kecaman berbaur perkauman di media sosial selepas Jepun tewas kepada Iraq pada Piala Asia 2024.
“Saya tidak akan membiarkan perkara itu menjatuhkan semangat saya. Sebaliknya, saya mahu membalasnya dengan menghasilkan keputusan yang baik,” katanya.
Suzuki kini mengumpul 28 penampilan bersama Jepun dan akan menjadi penjaga gol Jepun kedua beraksi dalam bola sepak profesional England selepas Yoshikatsu Kawaguchi bersama Portsmouth pada awal 2000-an. -AFP