Api Sukan Asia 2026 dinyalakan di Tokyo, persiapan masuk fasa akhir

Pelari pecut Jepun, Yoshihide Kiryu menyalakan obor daripada kawah Olimpik pada upacara penyalaan api Sukan Asia 2026 di luar Stadium Nasional, Tokyo, 18 Ogos 2026/ AFP

TOKYO, 18 Ogos- Upacara menyalakan api Sukan Asia 2026 diadakan di Tokyo, Jepun hari ini menandakan bermulanya fasa akhir persiapan menjelang temasya yang akan berlangsung di Nagoya dan Aichi dari 19 September hingga 4 Oktober.

RINGKASAN BERITA AI
  • Upacara pertama daripada tiga penyalaan; satu lagi di Hiroshima dan kedua-dua api disatukan di Nagoya untuk memulakan larian obor.
  • Kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dijangka mengambil bahagian.
  • Penganjur sediakan penginapan sementara: kapal pesiar Costa Serena bagi 4,000-5,000 atlet dan kira-kira 2,000 di kabin kayu gaya kontena.

Upacara itu merupakan yang pertama daripada tiga acara penyalaan api menjelang edisi ke-20 Sukan Asia sebelum satu lagi upacara diadakan di Hiroshima pada Khamis dan kedua-dua api disatukan di Nagoya pada Sabtu bagi memulakan larian obor.

Kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dijangka mengambil bahagian dalam temasya berkenaan.

Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Sukan Aichi-Nagoya, Kazuhiro Yagi berkata persiapan kini memasuki peringkat akhir.

“Peringkat akhir persiapan kini sudah tiba. Kami akan terus bekerjasama sehingga saat terakhir dan berharap masyarakat di seluruh Asia, bukan sahaja Jepun, dapat menikmati temasya ini,” katanya.

Penganjur menyediakan penginapan sementara termasuk kapal persiaran Costa Serena yang akan menempatkan antara 4,000 hingga 5,000 atlet, selain kira-kira 2,000 atlet dan pegawai yang ditempatkan di kabin kayu gaya kontena di Nagoya.

Sukan Asia 2026 turut menampilkan acara baharu seperti seni bela diri campuran (MMA), padel, teqball dan taekwondo maya, manakala e-sukan kembali dipertandingkan selepas diperkenalkan pada Sukan Asia Hangzhou 2023. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.