Status ‘underdog’ bakar semangat Belgium

Jurulatih Belgium, Rudi Garcia . Foto/AFP

LOS ANGELES, 10 JULAI – Jurulatih Belgium, Rudi Garcia percaya pasukannya mampu mencipta kejutan ketika berdepan Sepanyol pada aksi suku akhir Piala Dunia 2026 pada awal pagi Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Garcia selesa dengan status Belgium sebagai pasukan bukan pilihan, menggunakan tekanan lawan sebagai motivasi.
  • Belgium antara pasukan paling produktif di kejohanan, telah menjaringkan 13 gol.
  • Mereka fokus pada prestasi sendiri selepas menewaskan Amerika Syarikat walau bermain dalam stadium tuan rumah yang bising.
  • Romelu Lukaku tegaskan skuad ada kualiti dan perlu beraksi sempurna untuk mara ke peringkat seterusnya.

Garcia menyatakan perkara itu selepas skuad Red Devils dijangka menjadi pasukan yang akan tersingkir.

Pengendali berusia 62 tahun itu bagaimanapun mengakui kekal selesa dengan status pasukannya sebagai pasukan bukan pilihan.

“Semua orang sudah bercakap mengenai kami akan pulang. Tetapi kami percaya kami mampu melakukannya.

“Kami percaya boleh mencipta kejayaan dan akan melakukan segala-galanya untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

Sementara itu, Garcia turut menegaskan Belgium antara pasukan paling produktif di Piala Dunia selepas merekodkan 13 gol.

“Ketika ini kami hanya mahu fokus kepada prestasi sendiri. Kami baru sahaja menewaskan Amerika Syarikat di stadium yang semua orang menyokong mereka. Jadi saya tidak fikir provokasi penonton tuan rumah memberi kesan kepada Belgium.

“Ia bukan penyokong yang menjaringkan gol. Kami akan fokus kepada apa yang mampu kami lakukan. Kami sudah cukup sibuk memikirkan pasukan Sepanyol yang merupakan pasukan bola sepak yang hebat,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyerang veteran Belgium, Romelu Lukaku turut percaya pasukannya memiliki kualiti untuk mencabar Sepanyol.

“Jika anda sudah sampai sejauh ini, anda bukan datang untuk bermain dan kemudian pulang begitu sahaja.

“Kami juga mempunyai bakat yang diperlukan. Esok kami perlu beraksi dengan sempurna,” kata Lukaku.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.