‘Speedy Tigers’ kena belasah 0-7 pada aksi kedua di Australia

AUSTRALIA, 24 April – Skuad hoki lelaki negara mencatat kekalahan kedua dalam siri ujian antarabangsa dengan Australia petang tadi.

Selepas tewas 0-3 pada aksi pertama kelmarin, skuad kendalian A. Arul Selvaraj itu kali ini dibelasah 7-0 pada aksi di Stadium Hoki Perth.

Turun berdepan pasukan nombor satu dunia, skuad negara mula ketinggalan seawal minit ke-5 hasil jaringan padang Jack Welch.

Nathan Ephraums menambah gol kedua pada minit ke-11, diikuti Joshua Simmonds (minit ke-27) dan jaringan peribadi kedua Welch (minit ke-29).

(Skuad Senior Lelaki Kebangsaan terpaksa akur tewas 0-7 kepada Australia/FOTO FB MHC)

Skuad ‘The Kookaburras’ itu kemudian menambah dua lagi gol menerusi Blake Govers pada minit ke-34 dan 51 sebelum Jacob Anderson menutup permainan dengan gol ketujuh pada minit ke-59.

Ini kekalahan terbesar skuad negara kepada Australia.

Skuad ‘The Speedy Tigers’ akan meneruskan siri ujian antarabangsa ketiga Selasa ini sebelum aksi terakhir pada 28 April ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.