Sinner kekal no 1 dunia, Zverev ke-2

Jannik Sinner (kiri) dan Alexander Zverev mempamerkan trofi masing-masing selepas beraksi dalam perlawanan akhir Wimbledon – Foto AFP

PARIS, 13 Julai – Alexander Zverev naik ke tangga kedua dalam ranking ATP dunia yang dikemas kini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jannik Sinner kekal nombor satu dunia selepas menewaskan Alexander Zverev dalam final Wimbledon.
  • Sinner mempertahankan kejuaraan Wimbledon selepas menang empat set ke atas Zverev.
  • Zverev merangkul gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka Perancis beberapa minggu sebelum Wimbledon.

Ranking pertama kekal milik Jannik Sinner yang menewaskan pemain Jerman itu dalam aksi akhir Wimbledon di All England Club.

Sinner, 24, mempertahankan kejuaraan di gelanggang rumput itu selepas menumpaskan Zverev yang baharu merangkul gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka Perancis, beberapa minggu lepas dengan keputusan 6-7 (7/9), 7-6 (7/2), 6-3, 6-4.

Zverev naik satu anak tangga di hadapan pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz di tangga ketiga.

Alcaraz menentang Sinner dalam perlawanan akhir Wimbledon tahun lepas, namun gagal menamatkan permainan selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan yang turut memaksanya menarik diri daripada saingan di Roland Garros.

Bintang veteran Serbia, Novak Djokovic, 39, yang tewas kepada Sinner dalam saingan separuh akhir Wimbledon juga naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh.

Pemain Britain, Arthur Fery pula melonjak 78 anak tangga daripada kedudukan ke-114 ke kedudukan ke- 36 selepas mara dalam satu lagi aksi separuh akhir yang menyaksikan dia tewas kepada Zverev. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.