Piala Dunia: Qatar lakar sejarah raih mata pertama, ikat Switzerland

Foto REUTERS 

SANTA CLARA, 14 Jun – Qatar melakar sejarah dengan meraih mata pertama selepas berjaya mengikat Switzerland pada perlawanan Kumpulan B Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Switzerland membuka jaringan melalui penalti Breel Embolo pada minit ke-17.
  • Qatar bangkit dan kapten Boualem Khoukhi menanduk gol penyamaan pada waktu kecederaan.
  • Keputusan seri itu menyuntik keyakinan menjelang baki aksi Kumpulan B.

Dalam saingan di Stadium San Francisco Bay Area, skuad Asia Barat itu bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Switzerland 1-1.

Switzerland yang menguasai sebahagian besar permainan membuka jaringan menerusi sepakan penalti Breel Embolo pada mini ke 17.

Qatar bagaimanapun tidak berputus asa dan terus mengasak sehingga ke penghujung perlawanan.

Ketika perlawanan dilihat memihak kepada Switzerland, kapten Qatar, Boualem Khoukhi muncul wira pasukan apabilan menanduk masuk gol penyamaan pada waktu kecederaan.

Keputusan itu bukan sahaja menghadiahkan mata pertama Qatar malah menyuntik keyakinan menjelang baki aksi Kumpulan B.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.