
KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Lapan kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 8.00 pagi tadi.
- Bacaan tertinggi dilaporkan di Johan Setia (154), Larkin (153) dan Pasir Gudang (153).
- Beberapa lokasi lain melebihi paras tidak sihat termasuk Cheras, Batu Pahat, Putrajaya, Nilai dan Segamat.
- Klasifikasi IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301 ke atas berbahaya.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) memaklumkan bahawa Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 154, diikuti Larkin, Johor (153) dan Pasir Gudang, Johor (153).
“Selain itu, Cheras, Kuala Lumpur (152), Batu Pahat, Johor (152), Putrajaya (151), Nilai, Negeri Sembilan (127) dan Segamat, Johor (104),” katanya.
Sementara itu, 59 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan satu kawasan mencatatkan IPU pada tahap baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.