
BRUSSELS, 20 Julai– Persatuan Bola Sepak Belgium hari ini mengumumkan keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak pengendali skuad kebangsaan, Rudi Garcia.
- Corak permainan Belgium kurang meyakinkan sepanjang kejohanan, menimbulkan tanda tanya terhadap masa depan kepimpinan.
- Pengarah Sukan Vincent Mannaert memuji peranan Rudi Garcia dalam memulihkan reputasi Red Devils dan keserasian pasukan.
- Persatuan merakamkan terima kasih kepada Rudi dan barisan pembantu atas 18 bulan khidmat; kontrak beliau tamat penghujung bulan ini.
Masa depan pengendali itu mula menjadi tanda tanya susulan corak permainan Belgium yang dilihat kurang meyakinkan sepanjang kejohanan berlangsung.
“Rudi Garcia sememangnya telah memainkan peranan yang amat penting dalam memulihkan semula reputasi skuad Red Devils Belgium,” kata Pengarah Sukan Persatuan Bola Sepak Belgium, Vincent Mannaert dalam satu kenyataan.
“Beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan ketika pasukan berada dalam situasi sukan dan kewangan yang agak mencabar.
Hasil komitmen serta pengalaman luasnya, keserasian pasukan berjaya dipulihkan sehingga membolehkan kami mencatatkan keputusan yang baik pada Piala Dunia terbaharu ini.
“Bagi pihak persekutuan, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Rudi dan barisan pembantunya atas khidmat yang diberikan sepanjang 18 bulan lalu.
Kontrak pengendali berusia 62 tahun kelahiran Perancis itu dijadualkan tamat pada penghujung bulan ini. – REUTERS