Piala Dunia ISTAF: Thailand juara acara regu tumpaskan Myanmar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Mei– Thailand muncul juara acara regu Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026 selepas berjaya menewaskan Myanmar pada pentas akhir di Stadium Titiwangsa, malam tadi (19 Mei).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pornthep Tinbangbon, Chatuphon Siriat dan kapten Marukin Phanmakon beraksi cemerlang, menyumbang kepada kemenangan pasukan.
  • Dibimbing Narachit Kalachan, pasukan mula garang dengan kemenangan set pertama 15-8.
  • Myanmar bangkit menjuarai set kedua 15-13 melalui gandingan Thant Zin Tun, Aung Aung dan Ye Htet.
  • Set penentuan semakin membara; pengalaman Thailand, hadangan kemas dan rejasan tajam menamatkan perlawanan 15-7.

Thailand yang dibarisi Pornthep Tinbangbon, Chatuphon Siriat dan kapten Marukin Phanmakon mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatatkan kemenangan 2-1, meskipun menerima tentangan sengit daripada pasukan lawan.

Skuad kendalian Narachit Kalachan itu bermula garang pada set pertama apabila menang mudah 15-8.

Bagaimanapun, Myanmar bangkit mengikat kedudukan 1-1 selepas memenangi set kedua 15-13 menerusi gandingan mantap Thant Zin Tun, Aung Aung dan Ye Htet.

Memasuki set penentuan, suasana perlawanan semakin membara apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata demi memburu gelaran kejuaraan dunia.

Namun, faktor pengalaman nyata memihak kepada Thailand apabila mereka kembali menguasai permainan menerusi hadangan kemas serta rejasan tajam, sekali gus menamatkan aksi dengan kemenangan 15-7.

Kemenangan mutlak itu menyaksikan Thailand secara rasmi dinobatkan sebagai juara dunia acara regu sepak takraw ISTAF 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.