PDRM FC akur tutup musim di tangga terbawah

PDRM FC tewas 0-6 kepada Selangor FC dalam aksi terakhir Liga Super 2025/2026 – Foto Selangor FC

PETALING JAYA, 18 Mei – Pengendali PDRM FC, Eddy Gapil mengakui jurang kualiti pasukan yang ketara terutamanya kematangan yang ditunjukkan oleh pemain Selangor FC mengakibatkan skuadnya tumpas dengan jaringan besar dalam aksi terakhir Liga Super 2025/2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM menamatkan musim di tangga tercorot dengan hanya 11 mata selepas 24 perlawanan.
  • Eddy Gapil mengakui wujud jurang kualiti dan kematangan pemain pihak lawan menyebabkan kekalahan besar.
  • Jurulatih memuji pemain atas usaha mereka dan mahu semua jadikan pengalaman ini pengajaran untuk persiapan musim depan.

Keputusan itu juga menyaksikan PDRM terpaksa akur menamatkan musim ini di tangga tercorot dengan hanya 11 mata selepas 24 perlawanan.

Eddy bagaimanapun tetap mengucapkan syabas kepada anak buahnya kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang musim.

Jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil – Foto RTM

“Saya tetap tabik kepada pemain kerana kami masih mampu bertahan hingga tamat musim. Keputusan malam ini perlu diterima dengan hati terbuka dan gunakan ia sebagai pengajaran untuk persiapan musim depan.

“Kita dapat lihat memang ada jurang besar. Walaupun Selangor tidak menurunkan kesebelasan utama sepenuhnya, pemain muda mereka tetap bermain dengan sangat baik dan permainan mereka cukup matang.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Antara aksi Selangor FC menentang PDRM FC – Foto MFL

Dalam aksi berkenaan, tuan rumah Selangor menang besar 6-0, sekali gus mengumpul 52 mata keseluruhan untuk menamatkan saingan liga di tangga ketiga.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.