Pan-gon bangga ‘Selangor Way’ menjadi

Selangor FC menang besar 6-0 ke atas PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super 2025/2026 di Stadium MBPJ – Foto Selangor FC

PETALING JAYA, 18 Mei – Kemenangan besar 6-0 Selangor FC ke atas PDRM FC dalam perlawanan terakhir Liga Super 2025/2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad bukan sekadar penutup musim yang bergaya, sebaliknya mencerminkan mentaliti baharu pasukan itu yang digelar sebagai ‘Selangor Way’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pan-gon bangga 'Selangor Way' terbentuk; pasukan bermain menyerang dan mendominasi permainan.
  • Puji karakter pemain, termasuk yang jarang diberi peluang; menunjukkan kelaparan dan memberi impak besar.
  • Mohon maaf kerana tidak layak ACL2 tetapi optimis; rehatkan tonggak untuk persediaan akhir ACC menentang Buriram United.

Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, meluahkan rasa bangga terhadap karakter yang dipamerkan pasukannya, terutama pemain yang jarang mendapat peluang sebelum ini.

Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon – Foto RTM

“Tahniah kepada semua pemain. Apa yang mereka lakukan amat hebat. Saya sangat gembira kerana mereka menunjukkan karakter yang kuat, lapar dan memberikan impak besar kepada pasukan.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Pengendali dari Korea Selatan itu bagaimanapun memohon maaf kepada penyokong susulan skuad Merah Kuning terlepas slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas menamatkan saingan liga di tangga ketiga.

Namun beliau optimis dengan prestasi dan hala tuju pasukan.

Kim Pan-gon gembira ‘Selangor Way’ semakin menjadi – Foto Selangor FC

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan keputusan terbaik musim ini. Tetapi sejak saya datang, kami cuba membina ‘Selangor Way’.

“Sekarang semua orang boleh melihat identiti itu apabila kami bermain bola sepak menyerang dan mendominasi permainan.” katanya.

Antara aksi pemain Selangor FC ketika menentang PDRM FC – Foto Selangor FC

Terdahulu dalam aksi penutup tirai musim ini bagi kedua-dua pasukan, Selangor membelasah PDRM 6-0 menerusi hatrik Mukhairi Ajmal, dua gol daripada Alvin Fortes, dan satu jaringan Aliff Izwan Yuslan.

Tuan rumah juga merehatkan beberapa tonggak utama dalam aksi berkenaan bagi memastikan momentum terbaik menjelang perlawanan akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Buriram United, Rabu ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.