Para 2026: Liek Hou tarik diri, raih gangsa perseorangan badminton

Foto RTM

AICHI-NAGOYA, 22 Oktober – Hasrat jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou untuk melangkah ke pentas akhir perseorangan lelaki kategori SU5 pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri akibat kecederaan kaki pada aksi separuh akhir hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menarik diri ketika ketinggalan 7-11 pada set penentuan menentang Li Mingpan.
  • Tewas 13-21 pada set pertama dan menang 21-11 pada set kedua.
  • Beroleh pingat gangsa perseorangan dan menjuarai emas beregu lelaki SU5 bersama Mohamad Faris Ahmad Azri.

Pada perlawanan yang berlangsung di Ichinomiya City Municipal Gymnasium itu, Liek Hou menarik diri ketika ketinggalan 7-11 pada set penentuan menentang wakil China, Li Mingpan.

Pemain negara itu tewas 13-21 pada set pertama sebelum bangkit menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 21-11 pada set kedua.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya memaksa pemenang pingat perak edisi Hangzhou 2022 itu menamatkan perjuangannya dalam acara perseorangan, sekali gus menyaksikan beliau meraih pingat gangsa manakala Mingpan mara ke pentas akhir.

Meskipun gagal mengulangi pencapaian mara ke peringkat akhir perseorangan, Liek Hou tetap menutup kempen di temasya itu dengan kejayaan membanggakan apabila meraih pingat emas acara beregu lelaki SU5 bersama Mohamad Faris Ahmad Azri pada Rabu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.