Maraton Palestin kembali selepas dua tahun perang

Maraton Palestin yang kembali dianjurkan selepas dua tahun terhenti akibat perang di Gaza. – Reuters

TEBING BARAT, 8 Mei – Rakyat Palestin dan atlet antarabangsa berlari di Bethlehem pada Jumaat sempena Maraton Palestin yang kembali dianjurkan selepas dua tahun terhenti akibat perang di Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Edisi ke-10 diadakan serentak di Gaza dan lokasi lain, penyertaan keseluruhan melebihi 13,000 orang.
  • Tema "Right to Movement" menuntut hak rakyat Palestin bergerak bebas antara bandar-bandar.
  • Lebih 2,500 peserta dari Gaza dan kira-kira 1,000 peserta antarabangsa mengambil bahagian.
  • Hidup hampir tiga juta penduduk Tebing Barat terjejas oleh tembok dan sekatan tentera Israel, menyebabkan keadaan seperti pengepungan.

Acara edisi ke-10 itu turut diadakan secara serentak di Semenanjung Gaza, dengan jumlah penyertaan keseluruhan melebihi 13,000 orang termasuk 2,523 peserta di Gaza dan kira-kira 1,000 peserta antarabangsa.

Tema larian kali ini adalah “Right to Movement”, membawa mesej menuntut hak rakyat Palestin – Reuters

Tema larian kali ini adalah “Right to Movement”, membawa mesej menuntut hak rakyat Palestin untuk bergerak bebas antara bandar-bandar Palestin.

Namun, kehidupan harian hampir tiga juta penduduk Palestin di Tebing Barat masih terjejas dengan kewujudan tembok dan sekatan yang didirikan pihak tentera Israel.

Penyertaan keseluruhan melebihi 13,000 orang termasuk 2,523 peserta di Gaza – Reuters

Sejak tercetusnya perang di Gaza, penduduk tempatan mendakwa sekatan semakin meningkat sekali gus menyebabkan beberapa kawasan berada dalam keadaan seperti pengepungan berterusan. – Reuters