
KUALA LUMPUR, 8 Mei – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli membuka kempen Grand Prix Perancis 2026 dengan cukup meyakinkan apabila muncul pelumba Asia terpantas dalam sesi Latihan Bebas 1 di Le Mans, pada Jumaat.
- Hakim Danish menamatkan FP1 di kedudukan ketujuh dengan catatan 1:41.72.
- Catatan 1:41.72 hanya 0.471 saat di belakang pelumba terpantas sesi, Alvaro Carpe.
- Dia konsisten dalam kelompok hadapan dan memperkemaskan catatan pada penghujung latihan.
- Menunjukkan keyakinan tinggi dalam simulasi perlumbaan, memberi bayangan positif menjelang sesi kelayakan.
Pelumba AEON Credit MT Helmets MSi itu menamatkan sesi di kedudukan ketujuh terpantas keseluruhan menerusi catatan 1 minit 41.72 saat.
Catatan tersebut hanya 0.471 saat di belakang pelumba terpantas sesi, Alvaro Carpe dari Red Bull KTM Ajo.

Hakim Danish tampil kompetitif sepanjang sesi apabila konsisten berada dalam kelompok hadapan sebelum memperkemaskan catatan masanya pada penghujung latihan.
Pelumba berusia 18 tahun itu turut mempamerkan keyakinan tinggi ketika simulasi perlumbaan dalam keadaan litar mencabar, sekali gus memberi bayangan positif menjelang sesi kelayakan.
Sementara itu, David Almansa dari Liqui Moly Dynavolt Intact GP mencatat masa kedua terpantas, manakala Adrian Fernandez dari Leopard Racing berada di kedudukan ketiga.
Dalam perkembangan sama, pelumba Honda Team Asia, Veda Ega Pratama menamatkan sesi di tempat ke-11 terpantas.