
KUALA LUMPUR, 8 Mei – Pasukan Maybank meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Hoki TNB 2026 dengan membelasah ATM 8-1 pada perlawanan Kumpulan Premier di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
- Muhammad Najmi Faizal Jazlan mencatat hatrik, termasuk dua penalti pada minit ke-26 dan 33.
- Muhammad Shahril Saasah turut merekodkan hatrik dengan gol padang pada minit ke-3, 50 dan 57.
- Kemenangan besar mengukuhkan Maybank di kedudukan teratas Liga Hoki TNB 2026.
Muhammad Shahril Saasah membuka tirai jaringan buat Maybank menerusi gol padang seawal minit ketiga, sebelum Muhammad Najmi Faizal Jazlan menambah jaringan pada minit ke-17 melalui pukulan sudut penalti untuk kedudukan 2-0.
Muhammad Najmi terus cemerlang dan mecatatkan hatrik dengan menyempurnakan dua penalti pada minit ke-26 dan 33.

Maybank terus berpesta gol melalui gol padang Muhammad Rashid Baharom pada minit ke-43, diikuti jaringan Muhammad Aslam Mohamed Hanifah pada minit ke-47 untuk kedudukan 6-0.
Muhammad Shahril turut merekodkan hatrik dengan dua lagi gol padang pada minit ke-50 dan 57.
ATM hanya mampu meraih gol sagu hati menerusi Tuan Ahmad Alif Farhan pada minit ke-60 untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 8-1.
Kemenangan besar itu mengukuhkan kedudukan Maybank ditangga teratas liga.