Liga Juara Eropah : Dortmund, Juventus tersingkir

Pemain Atalanta meraikan kejayaan mara ke pusingan 16 Liga Juara Eropah. Foto/AFP

BERGAMO, ITALI, 26 Februari – Atalanta bangkit daripada ketinggalan untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara Eropah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Atalanta bangkit dari ketinggalan dan menang 4-1 ke atas Dortmund untuk layak ke pusingan 16 secara agregat 4-3.
  • PSG dan Real Madrid turut mara ke pusingan 16 selepas menewaskan Monaco dan Benfica secara agregat.
  • Juventus tersingkir dari saingan selepas tewas 5-7 kepada Galatasaray secara agregat.

Pasukan bimbingan Raffaele Palladino itu mara dengan membelasah Dortmund 4-1 pada aksi timbal balik awal pagi Khamis, sekali gus menang secara agregat 4-3.

Mereka sebelum ini ketinggalan 0-2 pada aksi pertama di Dortmund.

Atalanta menjaringkan gol pertama seawal minit kelima menerusi penyerang Gianluca Scamacca sebelum pemain pertahanan, Davide Zappacosta menggandakan gol pada minit ke-45.

Pemain tengah, Mario Pasalic terus meletakkan Atalanta di depan menerusi gol ketiga pada minit ke-57.

Manakala gol keempat Atalanda dijaringkan Lazar Samardzic pada waktu kecederaan.

Dortmund sebelum itu berjaya mendapatkan gol sagu hati hasil percubaan pemain tengah, Karim Adeyemi pada minit ke-75.

Turut mara ke pusingan seterusnya ialah Paris Saint-Germain (PSG) yang menewaskan Monaco secara agregat 5-4.

Real Madrid pula mengatasi Benfica 2-1 untuk layak secara agregat 3-1 ke pusingan 16 terbaik.

Juventus pula tersingkir daripada saingan kejuaraan selepas tewas 5-7 secara agregat kepada Galatasary.