Kontinjen P. Pinang kira detik menjelang SUKMA

Daniel Gooi Zi Sen

AIR ITAM, 16 April – Kontinjen Negeri Pulau Pinang secara rasminya memulakan kiraan detik 120 hari menjelang Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor yang merupakan edisi kali ke-22 selain menyasarkan 60 pingat emas ada kejohanan yang bakal berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persediaan kontinjen kini memasuki fasa akhir yang paling kritikal bagi atlet dan jurulatih.
  • Sasaran pingat ditetapkan tinggi namun pihak pengurusan tetap yakin dapat mencapai prestasi cemerlang.
  • Sukan tempur dikenalpasti sebagai lubuk utama pingat emas untuk Pulau Pinang.
  • Diharapkan setiap persatuan dan atlet terus berusaha agar sasaran keseluruhan dapat direalisasikan.

Exco Belia Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, persediaan kontinjen kini memasuki fasa terakhir yang dianggap paling kritikal buat semua atlet dan jurulatih.

“Sasaran kita agak tinggi, iaitu 60 pingat emas. Namun, kita masih yakin dengan beberapa acara yang menjadi lubuk emas Pulau Pinang, khususnya sukan tempur.

“Pada masa sama, kita berharap acara lain juga mampu sekurang-kurangnya menyumbang satu pingat emas kepada kontinjen negeri. Kita yakin, sekiranya semua persatuan sukan dan atlet terus berusaha, sasaran itu mampu direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Countdown 120 Hari Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor di sini.