Bekas penjaga gol Austria Alex Manninger maut kemalangan

Bekas penjaga gol Alex Manninger ketika beraksi bersama Juventus menentang Manchester City dalam aksi Liga Europa UEFA di Stadium Olimpik, Turin pada 2010/Foto fail REUTERS

SALZBURG, 17 April – Bekas penjaga gol Austria, Alex Manninger, dilaporkan meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya pada Khamis pada usia 48 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kendaraan dipandunya dilanggar oleh tren penumpang di lintasan tanpa kawalan.
  • Beliau membuat 33 penampilan bersama skuad kebangsaan Austria.
  • Pernah beraksi untuk Arsenal antara 1997 hingga 2001.
  • Menamatkan kerjaya dengan Liverpool pada musim 2016/2017 dan beraksi di beberapa kelab Itali.

Persatuan Bola Sepak Austria (OEFB) berkata Manninger maut selepas kenderaan dipandunya dilanggar sebuah tren penumpang di lintasan tanpa kawalan berhampiran bandar Salzburg.

Sepanjang karier antarabangsa, beliau membuat 33 penampilan bersama skuad kebangsaan Austria.

Manninger pernah beraksi bersama beberapa kelab utama Eropah termasuk Arsenal antara 1997 hingga 2001, selain menamatkan kariernya bersama Liverpool bagi musim 2016/2017.

Di Itali, beliau turut menyarung jersi beberapa kelab antaranya Fiorentina, Torino, Bologna, Siena, Udinese serta Juventus. – REUTERS