Johor Super Crown Polo 2026: Royal Johor muncul juara sulung tewaskan Temasek

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail muncul wira pasukan selepas berjaya menyumbang 6 gol

JOHOR BAHRU, 6 September – Pasukan Royal Johor muncul juara sulung Johor Super Crown Polo 2026 selepas mencatat kemenangan 10-7 ke atas Temasek di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tunku Mahkota Ismail muncul wira, menjaringkan 6 gol walau cedera tangan dan dinobatkan Pemain Paling Berharga kejohanan.
  • Pablo Pieres menyumbang hatrik, manakala Juan Martin Nero menambah satu gol.
  • Royal Johor merekodkan kemenangan bersih dengan memenangi semua empat perlawanan sebelum final.
  • Majlis penyampaian pingat dan piala disampaikan Che Puan Mahkota Khaleeda, disaksikan pemimpin negara termasuk Timbalan Perdana Menteri.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail muncul wira pasukan selepas berjaya menyumbang 6 gol, walaupun masih mengalami kecederaan tangan.

Pablo Pieres pula menyumbang hatrik dalam aksi berkenaan selain satu gol Juan Martin Nero, manakala gol-gol Temasek dihasilkan Ignatius Du Plesis, Colonel Ravi Rathore dan Alfonso Pieres.

Royal Johor juga merekodkan kemenangan bersih pada edisi pertama kejohanan apabila menang kesemua 4 perlawanan sebelum mara ke perlawanan akhir.

Majlis penyampaian pingat dan piala kejohanan disempurnakan Che Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Perlawanan turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Semalam, pasukan Korea Polo muncul pemenang tempat ketiga kejohanan, menewaskan JCorp, 5-4 dengan edisi pertama itu turut disertai Digital Bridge.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan Pemain Paling Berharga, MVP kejohanan sementara kuda tunggangannya, Poliya Cara Palida memenangi anugerah kuda terbaik kejohanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.