
KUALA LUMPUR, 29 Julai – Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan cabaran sengit dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026 yang dijadual berlangsung di Indonesia, September depan.
- Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia, India dan Singapura.
- Kejohanan berlangsung 24 September hingga 3 Oktober dengan perlawanan kumpulan Divisyen 1.
- Tiada aksi separuh akhir; juara kumpulan terus ke final, naib juara ke perlawanan tempat ketiga.
- Kejohanan sulung di bawah kalendar FIFA, tawaran mata ranking dan hadiah AS$1,000,000 untuk juara Divisyen 1.
Ini berikutan skuad kendalian ketua jurulatih sementara Tan Cheng Hoe itu diundi dalam kumpulan A, Divisyen 1 bersama pasukan tuan rumah, Indonesia, India dan Singapura.
Kejohanan yang akan berlangsung dari 24 September hingga 3 Oktober itu turut menyaksikan Kumpulan B dianggotai oleh Vietnam, Pakistan, Thailand dan Filipina.
“Butiran lanjut mengenai format pertandingan serta tarikh perlawanan akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat pengesahan,” katanya.
Kejohanan sulung tersebut dikelolakan di bawah kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus menawarkan peluang untuk setiap pasukan mengumpul mata ranking dunia.
Bagi format pertandingan, tiada aksi separuh akhir akan dijalankan.
Juara setiap kumpulan akan terus layak ke perlawanan akhir, manakala naib juara kumpulan bakal beraksi untuk penentuan tempat ketiga.
Juara Divisyen 1 bakal membawa pulang hadiah lumayan berjumlah AS$1,000,000.