PM tidak hanya tumpu MITRA, pantau pelbagai aspek kebajikan masyarakat India

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 29 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memantau sendiri pelaksanaan dasar serta kebajikan masyarakat India di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perhatian kerajaan meliputi pelbagai aspek bukan hanya MITRA termasuk pembiayaan usahawan, pendidikan, kewarganegaraan, bantuan sosial dan ekonomi.
  • Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan ditugaskan menyelaras pelaksanaan dasar bagi masyarakat India.
  • Pendekatan itu menggambarkan komitmen kerajaan menyelesaikan isu masyarakat India secara lebih menyeluruh.

Beliau berkata, perhatian kerajaan terhadap masyarakat India tidak hanya tertumpu kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), malah melibatkan pelbagai aspek termasuk pembiayaan usahawan, pendidikan, kewarganegaraan, bantuan sosial dan pembangunan ekonomi.

Menurut beliau, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan akan terus menyelaras pelaksanaan dasar berkenaan.

“Saya telah menugaskan Datuk Seri R. Ramanan untuk membantu. Namun mulai sekarang, bukan sahaja hal berkaitan MITRA, malah isu-isu masyarakat India akan saya beri perhatian dan saya kendalikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sesi Ramah Mesra Bersama PMX yang dihadiri lebih 3,000 masyarakat India di Seremban, hari ini.

Beliau berkata pendekatan tersebut membuktikan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu masyarakat India secara lebih menyeluruh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.