Neymar umum persaraan di pentas antarabangsa

Neymar umum persaraan di pentas antarabangsa. Foto/AFP

RIO DE JANEIRO, 29 Julai – Pemain bintang, Neymar mengesahkan persaraannya di pentas antarabangsa sebaik Brazil tersingkir pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Neymar mengumumkan persaraan antarabangsa dalam keadaan sebak.
  • Pengumuman dibuat selepas membantu Santos FC menewaskan UCV 4-2 dalam Copa Sudamericana.
  • Dia berkata dia mencipta sejarah dan memberi seluruh hidupnya untuk Brazil, kini tidak mahu meneruskannya.
  • Dikembalikan ke skuad Piala Dunia selepas hampir tiga tahun; beraksi 37 minit dalam dua perlawanan, gol dari penalti menentang Norway.

Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan keputusan berkenaan dalam keadaan sebak selepas membantu Santos FC menewaskan UCV dari Venezuela 4-2 dalam aksi Copa Sudamericana pada Rabu.

“Tempoh saya bersama pasukan kebangsaan sudah berakhir. Saya mencipta sejarah, saya sangat gembira, saya memberikan seluruh hidup saya untuk Brazil, tetapi kini saya tidak mahu meneruskannya lagi,” katanya kepada wartawan.

Sebelum ini, Neymar yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil kembali dipanggil menyertai skuad Piala Dunia selepas hampir tiga tahun tidak mewakili skuad A Selecao

Bagaimanapun, bekas pemain Barcelona dan Paris Saint Germain (PSG) itu hanya beraksi selama 37 minit dalam dua perlawanan.

Gol tunggal Neymar dijaringkan menerusi sepakan penalti ketika menentang Norway yang menyaksikan mereka tersingkir dalam pusingan 16 terbaik selepas tewas 1-2. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.